Aishah Bahar, Cara Kematiannya Menghidupkan Jiwa





PENGAKHIRAN KHUSNUL KHATIMAH: Nama gadis itu, Aishah Bahar yang masih berumur 22 tahun. Kematiannya menjadi viral dan bualan netizen apabila menghembuskan nafas terakhir ketika sedang membaca Al-Quran dan selepas menunaikan Solat Subuh pada 4 Januari 2018 lalu.

Pemergian Aishah Bahar juga mendapat liputan meluas media atas talian di Indonesia malahan turut mendapat laporan media atas talian di Malaysia.

Lebih memilukan, gadis itu itu dikatakan rebah dan meninggal dunia di pangkuan ayahnya.

Menurut sumber keluarga, pelajar Universiti Islam Hasanuddin, Makassar itu bakal melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi.

“Meninggal setelah Solat Subuh, sedang membaca ayat Al-Quran. kondisinya sedang puasa sunnah. Akhir hayatnya mengucap Laa ilaaha illallah. 


Innalillah..Padahal beliau sebentar lagi akan menikah,” ujar Andi Wahyuni yang juga merupakan sepupu paling rapat arwah seperti dilaporkan media.

Sementara itu, ayah Aishah iaitu Andi Bahar Jufri menceritakan, pada malam kejadian anaknya itu memaklumkan mahu berpuasa Sunat Hari Khamis.

“Selepas selepas bersahur, kami pergi sembahyang Subuh berjemaah di masjid. Sebaik sahaja pulang dari masjid, arwah meminta izin untuk memperdengarkan ayat-ayat Al-Quran sambil saya memeriksa bacaaannya.

“Hanya dalam beberapa ayat, arwah rebah secara tiba-tiba dipangkuan saya sebelum mengucap dua kalimah syahadah dan meninggal dunia,” katanya.

Menurut Bahar, selama ini arwah tidak pernah mengalami penyakit yang serius, namun sehari sebelum kejadian arwah mengadu sakit kepala.

Sementara itu menurut Muharni Arny yang merupakan sahabat Aisyah di bangku kuliah di Fakultas Peternakan UNHAS menyatakan Aisyah digambarkan sebagai individu yang suka menolong.

Aisya juga disebutnya rela berkorban bukan hanya tenaga tapi hingga material.

“Ya Allah temanku sayang....selama kuliah kita selalu bersama... saya bisa PkL karna bantuanmu, km kasi aku tempat tinggal, makanan,setiap hari kamu bonceng aku dari makassar ke pangkep. Kita singgah shalat dijalan. Kamu ke kosku bawakan aku makanan, kasi aku pakaian, selalu ingatkan aku...kasi aku alquran kasi aku jilbab.

"Tidak ada yg tidak kamu kasi aku..kamu kasi aku uang, kamu traktir aku di kampus, kamu berusaha carikan aku pekerjaan. Kamu selalu telfon aku...” tulisnya.

Tak hanya itu bahkan Aisya juga selalu mengingatkan sahabatnya itu untuk tak melupakan ibadah.

Tiap ketemu kita pelukan...saat kkn kita bersama, tiap subuh kamu bangunkan aku shalat,mengaji dan tidak ada hal yang tak baik,kamu ajarkan ke aku.....” kenangnya.

Kamu temanku yg terbaik selama dalam hidup. Namun takdir berkata lain,,Innalillahiwainnailaihirojiun, surga menantimu syangq Andi Sitti Aisyah...... Maafkan aku selama ini menjadi temanmu yg selalu menyusahkanmu............Alfatiha,” tutup Muharni.

Tanda Khusnul Khatimah
Bersumber dari buku berjudul 'Misteri Malam Pertama di Alam Kubur' karya Jubair Tablig Syahid, berikut tanda seseorang jika meninggal dalam kondisi khusnul khatimah.
Berikut ini di antaranya:
1. Meninggal dengan mengucapkan syahadat (HR. Abu Daud).
2. Meninggal dalam keadaan sedang berkeringat (HR. Tirmidzi).

3. Meninggal pada waktu siang/malam Jumaat (HR. Tirmidzi).
4. Meninggal dalam keadaan mati syahid/terbunuh di medan perang di jalan Allah SWT (QS. 3: 169-171).
5. Mati di jalan Allah SWT (HR. Muslim).
6. Meninggal kerana penyakit radang selaput dada (HR. Ahmad).
7. Meninggal kerana penyakit thaun (HR. Bukhari).
8. Meninggal kerana sakit perut (HR. Muslim).
9. Meninggal kerana tenggelam.
10. Meninggal kerana tertimpa reruntuhan (HR. Bukhari dan Muslim).
11. Meninggal karena kehamilan disebabkan anak yang sedang dikandungnya (HR. Ahmad).
12. Meninggal karena membela agama/nyawa (HR. Bukhari).
13. Meninggal kerana membela harta (HR. Abu Daud).
14. Meninggal kerana terjangkit penyakit TBC (HR. Ath Thabrani).
15. Meninggal kerana sedang berjaga di jalan Allah SWT.
16. Meninggal tatkala sedang beramal soleh (HR. Ahmad).
17. Meninggal kerana terbakar api (HR. Ahmad).(*)


Aisyah bersama keluarga




Aisyah Bahar bersama teman-temannya




Aisyah sedang memberi makan ayam




GAMBAR SUMBER: FACABOOK/ LAPORAN MEDIA

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...