Neelofa - AirASIA: Perkongsian bijak, Menang-menang, WOW !



OLEH: MOHD EZLI MASHUT

SMART MOVE...Kerjasama pintar menang-menang untungkan Air Asia-Neelofa. Pengumuman CEO AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melantik Neelofa sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia dilihat membuka lembaran baharu kerjasama strategik jangka masa panjang dan ke hadapan.

Pelantikan Neelofa ini selepas kejayaan diperoleh beliau sepanjang karier menjadi usahawan melalui jenama Naelofar sekaligus menjadikan beliau sebagai ikon syarikat penerbangan Air Asia.

Malah, jenama itu dilaporkan bakal meraih jualan sebanyak RM200 juta tahun ini dan dipasarkan di 37 negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Australia, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Singapura dan Brunei.

Neelofa juga mempunyai reputasi sebagai ahli perniagaan wanita terkemuka di Malaysia dan antara segelintir kecil rakyat Malaysia yang dinamakan oleh Forbes Asia dalam senarai usahawan muda pengubah ‘30 Under 30′ (Kelompok 30 di bawah usia 30 tahun).


PENCAPAIAN 'WOW' ANAK MUDA!

“Tidak perlu tua untuk menjadi seorang pengarah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes ketika mengulas pelantikan itu.

“Pengarah baharu kami, @neelofa adalah seorang yang muda, bijak, usahawan dan suka menaruh impian seperti kami juga.

“@airasia sekali lagi menerajui aspek kepelbagaian dan kali ini, bukan setakat wanita tetapi juga dari segi usia. Tidak perlu tua untuk bergelar seorang pengarah,” katanya dalam catatan terbaharu di Instagram yang turut disertakan dengan paparan gambar beliau bersama Neelofa.

Sebelum ini, Air Asia pernah melantik selebriti sebagai ahli lembaga pengarah iaitu, Raline Shah pelakon Indonesia sebagai pengarah bebas bukan eksekutif AirAsia Indonesia.


REAKSI NEELOFA

Sementara itu, Neelofa yang merupakan satu nama besar dan dikenali ramai, juga berkongsi kegembiraannya bersama 5.3 juta pengikut setia di Instagram.

“Betapa menariknya pengakhiran tahun 2017! Saya amat bersyukur dan terharu dengan pelantikan ini dan berterima kasih kepada semua di atas ucapan yang diberikan,” kata Neelofa.

Sambil menyifatkan pelantikan itu sebagai antara detik penting dalam hidupnya, ikon usahawan muda itu turut berkongsi keterujaannya untuk menggalas cabaran baharu itu.

Selain bergelar selebriti, Neelofa memulakan langkah sebagai usahawan dan membina empayar perniagaannya menerusi jenama tudung terkemuka, Naelofar Hijab.

“Pencapaian ini bukan untuk saya seorang tetapi untuk semua wanita di luar sana,” katanya.


APA DIA PENGARAH BUKAN EKSEKUTIF?

Pengarah bukan eksekutif biasanya tidak terlibat dengan urusan harian syarikat, tetapi bertanggungjawab bersama-sama dengan pengarah-pengarah lain dalam merangka dan melaksanakan polisi syarikat. 

Pengarah bukan eksekutif mempunyai hak dan menanggung liabiliti yang sama seperti pengarah-pengarah lain walaupun tidak memegang jawatan bergaji dan tidak terlibat dalam urusan harian syarikat.


KUASA PENGARUH DAN SOSIAL MEDIA

Pengikut atau Follower di Instagram Neelofa berjumlah kira-kira 5.3 juta berbandng AirAsia masih kira-kira 506,000. Dengan jumlah kuasa sosial media yang tinggi milik Neelofa ia boleh menembusi pengguna lebih ramai dan luas untuk tujuan pengiklanan, jenama dan imej Air Asia.

Kekuatan pengaruh sosial media mempunyai impak tinggi menjadikan ia salah satu kuasa pengiklanan ampuh untuk Air Asia menembusi pasaran generasi muda dan sasaran lebih luas berbanding pengiklanan secara tradisional.

Pelantikan selebriti menjadi Pengarah Bukan Eksekutif Air Asia sebuah syarikat penerbangan terkemuka dunia pastinya menjadi lembaran sejarah yang diingati rakyat Malaysia dan menjadi 'headline' utama media, surat khabar dan perbualan dalam media sosial.





TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...